Program Pemantapan Akidah dan Motivasi Remaja Islam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Alhamdulillah, selesai sudah program pemantapan akidah yang diadakan di Pusat Ko-Kurikulum, Rembau pada 1 Mac hingga 3 Mac seperti yang tertera dibawah.



Program ini telah dibimbing oleh beberapa sekretariat mahasiswa / mahasiswi Timur Tengah (SMATT) dan berbagai-bagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan ketika pelajar kami berada di sana. Antaranya ialah program pemimpin dan pengikut yang telah berjaya mengasah bakat kepimpinan dalam diri pelajar krk tingkatan 3.

Selain itu, slot-slot yang ditayangkan berguna juga kepada anak-anak krk ini, Slot-slot tersebut telah berjaya menyedarkan erti perjuangan hidup seorang hamba yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Esa. Pelbagai ilmu bermanfaat juga telah dimuatkan ke dalam minda pelajar kami.

Akhir sekali, kami berharap agar pelajar krk SMK Taman Tuanku Jaafar dapat membina sebuah buku hidup yang baru di mana buku hidup tersebut dimuatkan dengan perkara-perkara yang berguna.



Labels: , ,




Older post → ← Newer post

Designed by Amer Izzat