Sidang Mensyuarat KRK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Bertepatan dengan matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah, satu program khusus kepada pelajar Kelas Rancangan Khas telah berlangsung dengan jayanya. Sidang ini telah menghimpunkan ibu bapa, anak-anak krk dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar untuk membina insan yang cemerlang dan berjaya di dalam kelas rancangan khas  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar. Sidang mesyuarat ini telah menekankan visi, misi dan matlamat krk yang baharu kepada ibu bapa dan anak-anak krk  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar  supaya mereka lebih bersedia pada masa yang akan datang.

Sidang ini juga telah menerangkan rangka-rangka AJK Sarana yang bertujuan untuk meningkat prestasi anak-anak krk  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar. Dalam pada itu, AJK Sarana ini bertujuan juga untuk ibu bapa dan guru-guru membina semangat kerjasama yang padu dalam mencorak kejayaan pelajar-pelajar krk  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar yang lebih efektif dan cekap.

KRK  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar diselaras oleh seorang guru penyelaras iaitu Puan Noor Azian Abdul Hani dan pengerusi pelajarnya ialah Shahrul Asyraf bin Muhd. hisham dari kelas 3 UIA. Organisasi ini telah dibantu dengan jawatankuasa-jawatankuasa pelajar yang lain yang turut sama memainkan peranan penting untuk melicinkan organisasi yang baharu ini. Syabas dan selamat maju jaya buat ibu bapa pelajar krk, pelajar-pelajar krk dan guru-guru  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar.






Labels: ,




Older post → ← Newer post

Designed by Amer Izzat