PROGRAM AMALAN PEMBELAJARAN SEKOLAH CEMERLANG 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Pada hari ini, 10 orang pelajar daripada sekolah kami telah dihantar ke SMK King George V, Seremban untuk Program Amalan Pembelajaran Sekolah Cemerlang 2013 untuk seminggu. Pelajar-pelajar tersebut telah ditempatkan di aspura SMK King George V yang tersedia. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 3 orang pelajar tingkatan 5 aliran Sains Tulen dan 7 orang pelajar tingkatan 3 KRK SMK Taman Tuanku Jaafar.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar-pelajar tersebut tentang cara-cara pembelajaran pelajar sekolah cemerlang. Selain itu, program ini mendidik para pelajar untuk lebih bersikap berdikari dan bertanggungjawab dalam menghadapi tugasan yang telah diberikan.

Dalam pada itu, kumpulan pelajar yang menyertai program ini ialah peserta sulung dalam Program Amalan Pembelajaran Sekolah Cemerlang di SMK King George V. Kumpulan ini jugalah kumpulan yang pertama dihantar oleh pihak SMK Taman Tuanku Jaafar untuk ke sekolah-sekolah cemerlang bagi mempelajari amalan pembelajaran mereka.

Akhir sekali, pihak sekolah mengharapkan perubahan ke arah yang positif terhadap para pelajar yang terlibat agar mereka dapat mengajarkan pula kepada seluruh pelajar di SMK Taman Tuanku Jaafar.























Latihan Kerja Terancang.

 Perhatian !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Perhatian kepada semua pelajar KRK SMKTTJ yang dikasihi, anda diminta untuk memuat turun kerja-kerja terancang cuti ini yang telah cikgu-cikgu sediakan di blog ini atau di dalam 'group Facebook'. Moga dengan rancangan ini dapat meningkat prestasi anak-anak KRK yang cemerlang kepada tahap yang lebih membanggakan.

Sila pilih pautan-pautan tersebut mengikut tingkatan anda sahaja:

Mohon kerjasama di antara para pelajar dan ibu bapa dalam menghadapi situasi ini adalah amat diperlukan sama sekali. Maaf di atas segala kesulitan.


**Pelajar "WAJIB" menyiapkan latihan ini sebelum buka sekolah nanti dan menghantarnya pada 1 April 2013 (Isnin) dengan segera.

Labels:




Older post →

Designed by Amer Izzat